About HuRuL_AiNi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Salam penuh kesejahteraan buat semua pembaca.

Selamat datang ke laman sesawang hurulaini.net versi 2.0Β hurulaini.blogspot.com versi 3.0 hurulaini.com versi 4.0

SEJARAH AWAL

14 Julai 2005 -Blog pertama ntah apa-apa, atas platform Friendster. Dah hilang kot, Friendster pun dah jadi portal permainan. Friendster medium pertama terokai CSS.

Disember 2007 – Gatal konon nak tolong orang bina blog, padahal sendiri tak reti, boleh plak salah buat guna email sendiri. Cuba macam-macam platform, tapi Blogger juga yang best. Kat situ mula belajar bina blog secara teknikal. Masa tu jadi ‘contributor’ untuk blog persatuan je.

March 2008 – Musim orang mula bina blog, aku pun gatal ubahsuai blog yang tersalah bina guna email aku jadi blog peribadi. Mula la wujud hurulaini.blogspot.com…hihihi. Tapi masa ni pelajar lagi, internet pun payah, bersarang je la blog tu.

Julai 2008 – Dah habis study, mula plak kerja jadi guru ganti kat sekolah rendah. Perubahan fasa kehidupan dan pengalaman baru best untuk dicoret untuk kenang-kenangan. Barulah blog aku aktif sikit…tulis syok-syok sendiri.

November 2008 – Baru tau erti blog-hopping. Masa ni semangat betul berblog, hampir tiap hari update you. Network antara blogger pun sangat best. Masa tu jarang jumpa blog bersifat negatif, semua bebaik je tolong menolong, bina ukhwah, bagi tutorial, main tag-tag….sweet old time.

April 2009 – I kena proposed… “You, naktak buat blog domain sendiri, guna wordpress…nanti I tolong” (Amboiiii…..muntah hijau kejap, biasa la blogger kan suka exaggerate…hahaha). Maka dengan sahnya aku beli domain hurulaini.net ni tanggal 25 April 2009. Lebih kurang seminggu aku terkial-kial bina blog baru di platform baru, WordPress. Sengaja pilih 1 Mei 2009, hari jumaat, hari cuti umum untuk lancar domain baru…amboi perasan gah kejap…hihi.

Tinggal kenangan, April 2010

4 tahun bergelumang dengan alam blog dan 3 tahun punya domain dan hosting sendiri; aku banyak belajar dan meneroka sistem-sistem lain seperti membina forum dan laman e-commerce. Memang aku lagi suka meneroka hal teknikal alam maya dari menaip entri untuk blog.

Bermula 2011, sudah dirasa kesibukan di dunia realiti membataskan penglibatan di alam maya. Tambah bila ada medium lain seperti twitter, rasanya blog peribadi bukanlah keutamaan lagi.

HURULAINI.NET 2.0

Sudah lama ingin menutup saja blog hurulaini.net; tapi domain sudah di-renew hingga April 2013. Tapi 24 Jun 2012, aku nekad untuk memindahkan semua entri hurulaini.net ke laman arkib. Asalnya ingin memanfaatkan domain ini dengan cara yang sesuai dengan maksudnya. Namun kesibukkan kerja dan kehidupan seharian menjadikan blog ini terabai hampir setahun.

InsyaAllah, April 2013, ingin memulakan semula blog ini. Bermula semula dari kosong lagi. Ingin berkongsi jejak perjalanan dan mungkin juga perkongsian buku…atau apa-apa sahaja. Sebahagian entri lama yang dirasa bermanfaat akan dimuat naik kembali ke sini. Blog ini sungguh sayang dibiarkan terabai begitu saja. ^__^

Back to blogspot (versi 3.0):

2 Februari 2015 – Kembali ke blogspot setelah langgan hosting tamat. Memandangkan saya sudah sangat tidak aktif, cukup la sekadar berblogging dengan platform percuma…hehe. Banyak entri-entri lama telah dimuat naik ke sini. Moga bermanfaat.

Back to self-host domain, hurulaini.com (ver 4.0):

22 April 2017 – Nekad beli semula self-host domain. Seminggu lebih untuk setup blog dramarambles, notajurutera dan blog utama; akhirnya aku nekad satukan semula semua ke dalam satu blog sahaja. Because this is ME. Boleh baca lanjut DI SINI. Seperti dotnet dahulu, aku pilih 1 Mei 2017 sebagai hari pelancaran blog ini kepada umum. Moga perkongsian baru membawa manfaat, dan perkongsian lama sebagai titian memori.

Jika blog ini hilang lagi seperti hurulaini.net; sila cari kembali di hurulaini.blogspot.com ya…hehe.

ERTI HURULAINI

Hurulaini, bukan nama sebenar. Namun nama itu terpilih kerana maksud yang dibawa oleh nama itu, agar ia mejadi doa padaku.

Bidadari dalam Al-Qur’an di sebut Al-Hurul Ain. Al-Hur secara bahasa merupakan bentuk jamak dari kata haura. ‘Sedangkan, arti haura’ adalah perempuan muda yang cantik, gadis, putih, dan murni (putih kemilau).

Al-‘Ain adalah mata yang agak lebar dan hitam. Mata semacam itu adalah mata yang paling cantik yang pernah dilihat manusia.

(Surga kenikmatan Yang Kekal; Mahir Ahmad Ash-Syufi; m.s. 225)

Pertama kali aku melihat perkataan hurul aini, definasi yang diberikan ialah “wanita syurga”. Aku percaya itu cita-cita setiap muslimah. Maka aku terus gunakan nama ini agar ia menjadi doa buatku.

Panggillah aku Hurul Aini atau al-Hurul Ain…semoga ia menjadi doa buatku.

AKU & BLOG

Bila aku serius, aku akan menulis mengenai perkara serius. Bila otakku sudah tidak betul, aku akan menulis perkara marapu & mengarut. Selepas aku menonton drama jepun atau mendengar lagu yang menarik, itu yang akan aku kongsikan. Jika aku tensen dengan kerja, di sini tempat aku meluah rasa. Dan bila hati tersentuh dengan peringatan Allah, itu yang aku kongsikan.

Blog ini akan menjadi sejarah perjalanan hidupku. Β To Be Hurul Aini…itu akhir matlamat.

p/s: Thesis.AntiThesis.SynThesis tu aku jumpa dari terjemahan tajuk lagu DBSK – O.Jung.Ban.Hap…hahaha.

30 thoughts on “About HuRuL_AiNi

  1. πŸ™‚ assalamualaikum……!!
    awesome muqaddimah.. 😐
    insya-Allah, anti dapat jadi hurrul Ain kelak…
    ana pun berdoa ke arah itu juga…!! πŸ˜›

  2. salam, saya baru je nak blajar2 ade blog… & kalau boleh… ape2 yg saya tak faham… saya bleh syer ngan awak kan???

  3. well2
    salam
    mmg nme sye as stated above..
    tbe2 terkezut..me too..like DBSK..and all those korean movies/drama..
    btw, gud luck with ur ‘hurul aini’ wannabe

  4. πŸ™‚

    hye there !! saya pun peminat dbsk n j-k dramas,movies,musics…all about japan n korea as well as sarawak..hehehe..tak tau pun ada jugak peminat dbsk cni..all the best on hurulaini.net and do share more psl engineering gak..tq! πŸ˜€

  5. assalamualaikum..
    saya peminat setia jk-drama..
    salam berkenalan.. πŸ™‚
    i like ur bl0g..i h0pe i can have my 0wn blog like u in my future..insyaallah 😐 ..s0 aja aja hwaiting! hurulaini.net.. πŸ˜€

  6. salam
    anyeong HuRul πŸ™‚

    sorry agak lmbt. baru jmpa blog ni sbenanya. terjumpa. huk2.
    well actually i think this is the best blog for malaysian ‘japanese n korean fan’ blog. neve saw one before. ofcoz before2 this follow yg main bahasa pengantaraan english sahaja, tak jmpa lg blog yg bgs cmni yg malaysia punye or org melayu punye.

    TAHNIAH HuRul-san!

    so starting from now saya akn mengikuti jugak la blog ni n akn bg komen. sy mmg rajin n bersemangat bab bg2 komen ni. tp main interest saya is DBSK. so komen2 saya ofcoz akn beratur kat DBSK post je nnt. hehe. yoroshikune! hajimemashite!

  7. assalamualaikum..n hai..! sy ni peminat drama korea..tp bru start fall in <3 lps tgk citer YOO HEE my wicth.. holly daddy.. n tentu nyer U r beautiful..!! <3<3<3..i like it! sy suke ost dlm drama ni. nk tau gak, kt ner nk dptkan lirik lagu "chu" (memories) yg de dalam drama u r beautiful nips?? plz..!! need help frm hurulain!! 😐 😐

  8. salam!! i try to contact you by email but there’s a problem !!!! you gave me your email hurulaini[at].yahoo.com!!!!right!!!! but there’s a problem!!! so can i change the [at] to @???? or can i know your facebook address or anything!!! so i can freely contact you???please!!!!!

  9. salam…hai hurul aini..
    saya nak sngt tgk cite hana yOri dangO 2 tp tataw nk dOwnlOad kat mna…
    cOuld u please help me Out…???jasamu amat dkenang…

  10. salam,hurul ain…
    saya berminat dgn salah satu artikel awk tntang toma(talk show)…awk download ker program atau mcmmana??

  11. dear..can i get ur mail adress no or fb account??..i like ur story @ opis…as an engineerr….rse mcm nk menuntut ilmu dgn u, cuz i fresh graduate n br jer keja dgn consultant… thnx dear

  12. may Allah bless us..ameen..
    assalamualaikum w.b.t, i’m waiting for knowing u well..it is acceptable?hehe…
    if is acceptable pliz throuh my fb, Arisa Aqasyah..
    i hope so eventgh its complicated..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *