Circle: Two World Connected [써클: 이어진 두 세계]

Episode: 12

Channel: tvN

Original Run: May 22 to June 27, 2017

Cast: Yoo Jin Goo, Kim Kang Woo, Gong Seung Yeon, Ahn Woo Yeon, Jung In Sun, Lee Gi Kwang, Kim Min Kyung

Bila kali terakhir kita ada drama atau filem yang memaparkan potential of future technology advancement? Ala filem Back To The Future yang dihidang dengan idea ada kereta terbang dan sebagainya di tahun 2017.

Drama Circle ini ada sedikit intipati Back To The Future, sangat padat elemen sains dan potensi inovasi teknologi 20 tahun akan datang. Malah format drama ini juga menarik. Setiap episod dibahagi dua. Tahun 2017, dan tahun 2038. Sekali sekala imbas kembali sekitar tahun 2007. Terasa sedikit tua bila mengenangkan hero drama masih kanak-kanak di tahun 2017.

Sinopsis, dan mungkin sedikit spoiler:

Kisah bermula apabila sekitar 2007, Kim Woo Jin dan kembarnya, Kim Bum Gyun menyaksikan kedatangan seorang makhluk asing. Alien yang dipanggil Byul itu tinggal sebentar bersama mereka, hingga satu hari ayah mereka membawa Byul pergi. Woo Jin dan Bum Gyun kemudian terus terputus hubungan dengan ayah mereka.

Tahun 2017, Woo Jin sudah menjadi pelajar kolej, manakala kembarnya Bum Gyun masih obses mencari ayah mereka dan cuba menyelongkar misteri alien. Kebetulan, berlaku siri kematian pelajar yang pelik. Muncul juga Han Jung Yeon yang seiras dengan Byul.

Tahun 2037, dunia sudah banyak berubah. Negara Korea sudah diasing menjadi dua bandar utama. ‘Normal Earth’ yang hampir musnah, teruk tercemar dan tinggi kadar jenayah. ‘Smart Earth’ pula ialah bandar yang bersih, aman, dan kosong kadar jenayah. Detektif Kim cuba membongkar misteri di sebalik Smart Earth dan perkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 2017.

Banyak elemen sains yang dimasukkan di dalam drama ini. Pada tahun 2038, telefon pintar berbentuk gelas lutsinar dan dipanggil ‘panel’. Setiap penduduk di Smart Earth wajib dimasukkan cip khas di dalam kepala. Cip ini mampu mengawal emosi dan tingkah laku. Bayangkan jika ada teknologi yang boleh merakam memori dan disimpan dalam bentuk video. Teknologi ini juga mampu block memori, dan dilawan pula oleh hackers yang berusaha untuk unblock memori. Tak cukup dengan itu, dimasuk juga teknologi pengklonan manusia.

12 episod terasa sangat pendek. Aku harap diorang buat season 2, misteri Byul pun tak sattle lagi, tapi harapan ini nipis…haha. Aku suka penghujung drama ini.

P/S: antara post yang terperap lama dalam draf =_=””

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *