Innocent Defendant [ 피고인 / Pigoin]

Well, where should I start?

Drama ini mendapat review yang baik dari penonton, banyak di-review oleh rakan-rakan alam maya, selain rating purata melebihi 25%. Ia juga diangkat menjadi Drama of The Year bagi SBS Drama Award 2017. Ji Sung, pendukung watak utama turut memenangi Grand Prize (Deasang), iaitu anugerah tertinggi bagi SBS Drama Award. Um Ki Joon yang sangat berjaya membawa watak antagonis menang anugerah “Character of the Year”. Selain itu, Jisung dan Kim Min Seok masing-masing meraih anugerah Best Actor dan Best New Actor dari The Seoul Award 2017.

Tak pernah saya tonton drama yang punya plot yang sangat gila sebegini. Ini bukan drama cinta, malah lansung tiada plot percintaan. Ia genre legal drama dan thriller.

Bayangkan apa rasanya bila anda bangun tidur dan tiba-tiba menjadi banduan yaang berdepan hukuman gantung. Prosecutor Park Jung Woo hilang sebahagian ingatan berkaitan kenapa dia menjadi banduan. Sebagai penegak undang-undang, dia kini dituduh membunuh isteri dan anaknya.

Why and how did he become the main suspect? Is he really guilty, or is he innocence? Who is behind this? How can he proved his innocence?

Jalan cerita yang penuh suspen dan twist yang sangat gila. Spoiler: Tak pernah lagi aku tengok drama di mana antagonis offer diri masuk jail sebab nak play around with Park Jung Woo (end spoiler, highlight text to view..lol). Salute pada Um Ki Joon yang bawa watak Cha Sun Ho / Cha Min Ho dengan sangat berjaya. Betul-betul psycopath. Pertama kali kenal lakonan beliau dalam Dream High, Ya Allah, baik gila dia ni jadi cikgu. Rupanya sebelum ini beliau turut belakon dalam World Within, tapi tak cam sangat pelakon masa tu. Lepas tu tengok Phantom kot, perghh, macam drama ni juga la, psycopath betul. Dengan pengalaman tengok Phantom, aku ingat aku boleh “kuat” tengok lakonan Uhm Ki Joon ni, tapi pada penghujung episod 15, aku boleh jadi benci betul dengan watak yang dia bawa ni. How could he do this? TT TT

Watak Ji Sung, as usual superb. Penuh emosi, berjaya bawa karisma seorang Prosecutor dan banduan dalam masa yang sama. Another favourite ialah Kim Min Seok, terkesan betul tengok lakonan dia, penuh emosi. Dan cellmate yang lain yang sangat warm. Aku suka betul dengan background Elders yang rupanya seorang doktor, aku rasa background cerita dia boleh boleh buat satu drama penuh, tapi twist sikit la, jadi doktor banduan di penjara ke…haha, ni imaginasi aku je…lol.

Penghujung drama: Optimus Prime dan lagu I love you baby…lol, lawak gila…hehe. I wonder if Optimus Prime refer pada codename DOTS..hihi. Apapun drama ni highly recommended untuk penonton yang suka drama mind-blowing..hehe.

 

p/s: Entry ini ditulis pada January 2018, tapi entah kenapa diperap lama di dalam Draft…hahaha

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *