Memoir of Ashie Unnie

Pertemuan terakhir, November 2012

Orang kata, kenalan maya ni bukan kawan. Tapi bagi aku, di mana ada keikhlasan dalam bersilaturahim, inshaAllah itu lah ukhwah.

Aku tidak ingat bagaimana mula perkenalan kami. Kemungkinan besar kenal melalui chatbox di blog waiem sajangmin; sajangnim bermaksud ketua atau presiden kerana kebanyakkan kami kenal melalui blog waiem unnie.

Yup, unnie dan sajangnim ni istilah korea. Unnie bermaksud kakak; dan jodoh kami kerana drama korea.

Itu cerita sejak dari tahun 2009 lagi. Dan kami masing-masing punya blog. Dan sering bertegur sapa di chatbox blog masing-masing. That sweet old time kita merapu berjela-jela di chatbox. I don’t remember what we talk about; but i do remember that was among my favourite fun and sweet time.

Ingat lagi ada satu masa (yang mana aku agak free di pejabat); setiap pagi aku wish selamat pagi di blog waiem unnie; blog ashie unnie; blog shee; dan beberapa blog lain. Owh, that was way before twitter too.

Dari blog, kami pindah twitter. Kemudian pindah ke facebook. Sekarang ni Instagram dan FB Group. Blog kami masing-masing mula bersarang…haha. Dan aku sempat juga buat satu personal forum untuk geng kami. Dan Shee buat satu fanfic yang awesome featuring us.

Dan dari beberapa orang; circle kumpulan kami terus bercambah ahlinya. Dari minat drama korea dan drama jepun; kami turut kongsi segala ilmu yang lain.

Perhimpunan Agung Geng Ottoke di Mid Valley, January 2012

Dan siapa kata kawan maya hanya kekal di alam maya. Rasanya sudah dua kali aku berjumpa Ashie unnie. Pertama kali semasa perhimpunan agung Geng Ottoke di mid valley. Dan kali kedua semasa unnie datang bercuti di Kuching, alhamdulillah kami sempat makan malam bersama.

I don’t know why…walau hanya jumpa dua kali sejak dari 7 tahun lepas..tapi terasa sangat rapat. She is very sweet lady. Minat giler dengan Lee Min Ho sejak aku rasa LMH tu mehh sangat; sampai la aku pula yang minat LMH. 😅.

Aku selalu kata nak pergi Terengganu. Nanti boleh jalan-jalan dengan Unnie. Tapi Unnie pergi dulu. Angan-angan nak pergi Korea bersama pun tak kesampaian. To Dubai, to Thailand, to Vanice…tinggal angan-angan dalam kenangan.

Unnie kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini. Aku anggap mungkin sibuk dengan kerja atau komitmen lain.

Bila dua minggu lepas ahli keluarga unnie update unnie ada di hospital; aku in denial; atau berharap dia cuma sakit biasa yang akan sembuh segera. Aku tak tahu pun unnie sakit teruk. Aku yang teruk kan, tak sedar banyak je post kat FB rupanya pasal unnie sakit, since a month ago.

Tapi hari ini, bagaikan nightmare. Ada beberapa individu mengirim ucapan innalillah di laman FB unnie. Mula gigih aku cari update dari ahli keluarga unnie yang lain. Aku masih tak mahu percaya hingga betul ada yang sahkan. Tapi apa guna kau stalk bila dia dah takde? For the past 4 years, what do I do, really?

Is this for real? Rasa macam baru semalam kita gugu gaga spazzing bergurau senda.

 

Buat aku terfikir, hidup kita singkat sangat, yang bila-bila pun kita boleh kembali ke alam yang kekal abadi. Unnie just few years older than me.

What the meaning of this life, really?

Kita sibuk kumpul harta, beli rumah untuk hari tua. Adakah jaminan hari tua untuk kita?

At the end of our time later on, how would it be? How people will remember us?

 

Moga unnie tenang di sana. Moga segala amalannya diterima. Moga jerih payah mendidik anak bangsa, menjadi saham akhirat untuknya. Mohon doa dari sahabat sekalian untuk arwah.


Di kesempatan ini juga; sementara masih ada ruang dan peluang; jika satu hari nanti saya pergi dulu; saya mohon maaf pada semua sahabat sekalian. Mohon halalkan ilmu dan segala pemberian, dan hutang jika ada.

Tagged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *