[Meor Farid Asyradi] Travelog Mr. Traveller

Orang-orang yang bermusafir untuk melancong atau melihat tempat luar boleh dibahagi kepada beberapa kategori.

A) Pelancong – biasanya datang ke sesuatu tempat atau negara yang khusus. Trip biasanya di urus oleh agensi atau pihak luar, sama ada secara keseluruhan atau ground tour sahaja.
Pelancong kebiasaannya tidak atau kurang mengetahui info mengenai tempat yang mereka tuju sebelum mereka sampai ke tempat tersebut.
Ini juga dibahagi kepada beberapa kategori mengikut budget Pelancong:

  1. Pelancong Mewah – Fokus utama biasanya adalah untuk shopping. Mereka tidak akan menaiki pengangkutan awam kecuali untuk merasa pengalaman naik pengangkutan awam sebagai Pelancong dan hanya tinggal di tempat mewah.
  2. Pelancong mid-range – Masih seperti kategori A1, tetapi budget yang lebih sederhana. Hotel mewah digantikan dengan hotel 3 atau 4 bintang. Trip kebiasaanya di dalam kumpulan yang kecil, mungkin sekitar 4 hingga 8 orang sahaja.
  3. Pelancong budget – Mereka biasanya mengikut trip dalam satu kumpulan yang besar, terikat pada jadual yang ditetapkan agensi dan biasanya bergerak menggunakan bas yang disediakan agensi pelancongan.
B) Traveller on shoestring / Pengembara – orang yang merancang sendiri perjalanan. Kebiasaan dihadkan oleh faktor kewangan, atau perjalanan boleh menjadi lebih ekonomikal. 
Perkara yang membezakan pelancong dengan pengembara ialah dari segi kebergantungan dengan pihak luar dalam menguruskan perjalanan. Pengembara perlu mencari sendiri method pengangkutan,penginapan, tempat makan dan destinasi yang dituju.

Dua elemen utama yang mempengaruhi perjalanan pengembara ialah:

  1. Masa – Masa yang terhad mempengaruhi method yang digunapakai dalam perjalanan
  2. Wang – Jika ada banyak masa dan masih perlu mengutamakan budget, pengembara akan memilih alternatif yang lebih murah,tetapi mungkin mengambil masa yang lebih panjang.
Ok yang atas ni xda kaitan dengan buku ni. Cuma sebab buku ni kisah benar, Aku cuma nak bagitahu Adik Radi adalah pengembara jenis B-1. Iaitu pengembara yang terikat pada faktor masa (walau faktor masa yang pendek disebabkan juga oleh faktor kewangan). Hehe.
Review for your book:

Akak baca your journey, akak pula yang rasa penat dik. Turun naik 50 train dalam masa 15 hari. Dan hanya beberapa malam menginap di rumah rakan atau hostel.

Tapi sungguh, jika sesiapa yang nak buat budget travel keliling eropah, boleh cuba cara ni. Mungkin boleh ambil  pas Eurail 30 hari untuk tidak terlalu pack. Atau pas Euroline (bas) yang lebih murah, tetapi memakan masa yang lebih panjang. Tabik spring boleh cover banyak negara eropah dengan bajet sekitar RM8000 sahaja.

Banyak benda yang Saya belajar dari Travelog ini selain lokasi perlancongan. Saya dengan ini yakin Saya tidak boleh lama di sesetengah Bandar seperti Paris kerana risiko kecurian dan penipuan yang sukar dibendung.

Saya juga dengan yakin, in shaa Allah, takkan travel secara terlalu padat seperti yang Adik Radi buat. haha. Penat satu hal, sayang juga terpaksa pendekkan trip bila tertinggal train. Tapi ini bergantung pada masa yang ada kan.

Saya juga akan make sure saya takkan tidur kat train station tengah malam menunggu keretapi pagi. Memang dari dulu tak suka bergerak awal pagi. Ni kot kondisi yang agama Kita larang perempuan bergerak seorang diri. keselamatan tak terjamin.

Apapun, ni satu travalog yang sangat bagus. Membawa erti musafir dalam mencari keredhaan-Nya. Salute.

Salute juga buku ni self-publish. Yang tak best, gambar tak berapa nak nampak sebab print monotone…hihi. Keep up the good work, I expect you will make more books in future.

1 thought on “[Meor Farid Asyradi] Travelog Mr. Traveller

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *