[BADRUL HISHAM] Advantura Pulang Ke Malaya

Lama dah aku tak baca satu buku khatam tak sampai 4 jam.
Buku ni memang sangat sangat best. Ayat sempoi, memang buat kita gelak sakan. Terkekek-kekek kita dibuatnya, memang rupa tak sopan sungguh membaca buku ni. Terbakar juga semangat aku nak buat angan-angan jadi realiti.
Tapi aku tak puas. Kenapa pendek sangat? I want more!!
Padahal haritu aku cari dan beli buku ni sebab aku stuck tak tahu macam mana nak gerak dari India ke bahagian indo-china. Melalui Nepal & China ka? Atau melalui Bangladesh & Myanmar? Tahu-tahu dah sampai Vietnam, Cambodia & Thailand.
Aku assume guna Tibet sebab Sham pergi sampai Vietnam..retinya perlu apply permit masuk Tibet/Lhasa kan? Cuba cerita detail sikit. Apply kat mana? berapa kos?
Tapi aku dapat jawapan untuk soalan lain. Sham buat visa India di Turki..Mungkin aku boleh cuba juga nanti.
Dan curious juga, did u cross over Pakistan? Afganistan? Susah x nak cross border..ye la dengan krisia ISIS baru-baru ni, lepas Iran masuk Pakistan dan kemudiannya India pulak.
Cerita Umrah tergantung. Dapat ke apply visa Umrah datang sehelai sepinggan cemni? Apply visa Arab Saudi kat mana?
Ni memang plan nak buat buku season 2 ke cemner ni? Banyak soalan ni…sila jawap πŸ™‚
Satu lagi yang perlu aku nyatakan. Buku ini penceritaannya tidak mengikut kronologi. Sekejap di Turki, kemudian backward to Albania & Bosnia. Sesudah Iran & Oman, tetiba Turki balik. Otak sistematik aku susah sikit nak terima mulanya. Tapi lama-lama boleh la ikut rentak tema.
Hisham is good writer indeed. Ayat boleh buat novel. Thanks for sending me a signed copy..in shaa Allah one day aku pula akan laksanakan impian aku. And if that happen, in shaa Allah I send u my signed book for free to u. Ameen.
#BeranganItuFree
Trivia.
Aku pasang mp3 di telefon sepanjang baca buku ni. Dan kebetulan pada babak-babak berikut mp3 memainkan lagu yang sangat sesuai dengan pembacaan.
– Hari pertama selepas kayuhan 60km & badan sudah mula give up ~ Berhenti Berharap
– ‘Dua Perompak Turki’…Goku vs Bezita ~ Sorafune (OST My Boss My Hero)
– Bidadari Bosnia ~ Hero (Family of the Year)

..sesuai sangat background music…

2 thoughts on “[BADRUL HISHAM] Advantura Pulang Ke Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *