Sayonara

Assalamualaikum semua.

25.04.2009 – 24.06.2012

Alhamdulillah, genap 3 tahun 2 bulan aku berkongsi kisah, pandangan dan ceritera. Hari ini dengan izinNya aku akan menamatkan perkongsian peribadi di blog hurulaini.net.

Tempoh lebih 3 tahun di arena blogging, telah banyak ilmu yang dipelajari, telah banyak pengalaman ditimba, telah banyak ukhwah dibina.

Sudah lama berhasrat menamatkan saja blog tersebut, namun darah blogger terlalu kuat dan sayang dengan artikel-artikel yang telah ditulis dan dikongsi. InsyaAllah saya yakin kebanyakan artikel yang ditulis bukan sia-sia. Kerana itu saya pindahkan semua ke blog kenangan ini.

Ini post pertama dan terakhir di blog arkib ini. Segala yang ada di sini tidak akan dikemas kini lagi. iarlah tinggal sebagai kenangan dan rujukan sahaja. Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan memberi sokongan sepanjang saya mengendalikan blog hurulaini.net. Juga jutaan maaf jika pernah terkasar bahasa, terguris hati atas mana-mana tindakan, kata-kata atau perbuatan saya.

InsyaAllah laman hurulaini.net akan diberi nafas baru sesuai dengan maksud nama tersebut. Bila? Itu saya sendiri tidak tahu…hehehe.

Saya tetap masih boleh dihubungi melalui facebook, twitter mahupun email hurulaini85[@]yahoo[dot]com. Sekali lagi jutaan terima kasih dan maaf buat semua.

Semoga kalian semua tetap akan menyokong blog hurulaini versi ketiga nanti.

Sekian. Wallahualam.

p/s: siapa ingat analogi digimon yang aku guna semasa berpindah dari blogspot ke domain ini dulu?…teehee. Kali ini:

Rosemon bertukar Rosemon Burst Mode

HURULAINI.NET BERTUKAR ARKIB.HURULAINI.NET