Chantek ~ Ciri-ciri isteri mithali

Dah lama dah suka lagu ni. Dan lagu ni merupakan antara kurang 20 lagu melayu yang ada dalam 16GB MP3 aku…tapi shuffle mode suka je mainkan lagu ni.

Bila hayati lirik lagu ni, aku amat terkesan pada lirik “Kewangan kita merdeka mampu bersara”. Dalam musim-musim orang sibuk dengan isu PTPTN dan diri yang terhimpit dengan hutang keliling pinggang..kekeke.. terasa betul.

Waktu muda belia baru merasa gaji tahun pertama,angan-angan nak jadi kaya je. Nak gaji besar, nak beli kereta la, rumah sendiri la, nak pergi melancong la, nak beli album itu ini la, buat facial spa bagai, makan sedap, shopping itu ini. Amboii nafsu!!! Sejak bila kita jadi terlalu materialistik.

Untuk adik-adik yang masih kat alam Uni atau baru berkerja (aku assume most of my reader muda belia macam aku juga); tahukah anda trend terkini semakin banyak individu berusia 20-an dan awal 30-an sudah mula mengisytihar bangkrap. Ini satu lagi realiti masyarakat kita yang menyedihkan.

Tak dapat dinafikan sebenarnya generasi muda Malaysia kini adalah generasi berliabiliti tinggi a.k.a generasi berhutang keliling pinggang. Personal loan sangat mudah, kadang-kadang boleh dapat cash dalam tempoh 24 jam. Kad kredit tak usah kata, bila ada swipe je…bayar balik difikir kemudian. Kereta dah jadi keperluan. Belum lagi masuk perbelanjaan lain.

Ada tak simpanan? Ada tak bekalan di masa hadapan? Dan jika something goes wrong, merdekakah kita untuk bersara?

Soalan untuk diri sendiri…end of my rant 🙂

Tapi lagu ni sungguh bagus liriknya. Baru perasan lirik pertengahan senaraikan ciri-ciri isteri mithali atau isteri idaman Malaya:

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga..

Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka

Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa..

Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..

Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab lima waktunya..

Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman.. Mekar…

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka.. Di jiwa…

Dan bayangan sebuah keluarga harmoni idaman semua:

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua

Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu

Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahnya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Hidup ini…sangat penat jika kita asyik mengejar..

Hidup ini…bukankah untuk jadi sebaik-baik hamba Allah?

Hidup ini…persinggahan sebelum alam yang kekal, kenapa kita penatkan dengan yang tak perlu?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *