Owh…EXO sudah debut…

EXO-K ‘MAMA’ MV with Eng translation:

Kala sepurnama hamba bertapa
Terdengar perkhabaran turunnya 12 kuasa dipisah dua
Adanya dua kuasa ini memijak bumi yang sama mendongak langit yang berbeda
Menjunjung langit yang sama, bertapak di tanah berbeda
Adapun 12 kuasa ini bila disatukan…

Owh…cut the crap…hahaha

Berapa bulan eyh group EXO ni buat promosi sebelum debut? Seingat aku dari tahun lepas kot. Hujung Disember sudah ada promosi, dan seingat aku jadi satu-satunya kpop group yang belum debut perform kat year end event.

Ntah berapa puluh teaser…siap ada prologue MV or prologue debut. Anak sapa ntah yang cakap ‘nanti aku tak hairan la kalau group ni debut’; ‘alaa…promo lebih-lebih ni…kompem overrated macam 9dara tu jugak’…. ni sekarang ni siapa plak yang addict ngan lagu diorang ni? Baru dengar satu lagu, dah ulang berhari-hari siap hafal lirik chorus!!! Hurmmm, aku la tu…kekeke

Memang aku tak ambik peduli lansung pun masa group ni buat promosi sebelum debut. Tapi dek kerana nak melayan Music Monday review oleh Simon&Martina, aku layan la jugak MV ni (berapa bulan dah debut baru nak dengar ni?)

Tapi serius lagu MAMA ni sangat best. Tambah lagi bila dengar dengan terjemahan lirik dia. Serius aku cakap ni la original lagu kpop yang aku suka. Zaman dulu-dulu, aku mana layan lagu kpop yang lebih banyak autotune & repeated music ntah apa2 ni. Dulu, kpop yang aku layan cuma lagu-lagu DBSK yang mantap muzik dan lirik-nya macam Rising Sun, O dan Triangle. Sungguhpun aku kipas-susah-mati DBSK, lagu ntah apa2 diorang xde la aku layan sangat, lebih suka lagu jepun diorang…hahaha.

Lagu-lagu ni bawa lirik yang sangat unik bagi aku. Can u imagine, a pop song by an idol group bringing such heavy message in their song lyric. This is the kpop that i know before…hohoho.

Ye la, macam sekarang kat Malaysia, takat lagu jiwang karat asyik topik sama je sapa nak layan beb? Cuba la buat lagu pasal PTPTN (owh generasi baru dibeban hutang seumur hidup); harga barang naik ke; hal kesatuan rakyat 1Malaysia ke…baru la unik.

Persamaan antara O.Jung.Ban.Hap, Triangle & MAMA –> lagu yang mempersoal ‘dark side of human’, harapan pada kehidupan bermasyarakat, moraliti hidup…heavy kan…sungguh murni & jitu sekali…boleh lagi akhbar Malaysia cop lagu Kpop ajar peminat suicide!!! Even lagu SuJu – Sorry Sorry pun mengajak kita petah lidah untuk minta maaf…sungguh sesuai dimainkan di hari raya gitu…kekeke

Ok la…mula dah aku melalut. Apapun lagu EXO – MAMA ni sangat best. Lagu yang lain aku tak dengar lagi. Xiah Junsu aku sungguh la harap ko stop buat lagu sexy ntah apa-apa & kembali kepada konsep kemanusiaan please….kekeke. Fallen Leave sangat best, buat versi up-beat plak la…hoho.

And lastly, sila la layan K-pop Music Monday review untuk MAMA ni…sungguh lawak antarabangsa MV jadi kisah super-power ntah apa-apa…hohoho…

Simon & Martina’s K-pop Music Monday:

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *