Tragedi Kad Kredit…

Salam semua…

Ceritanya bermula bila aku mula mendapat kad kredit pertama pada Februari 2011 yang lalu. Waktu itu ada sesuatu yang ingin aku beli, dan mengikut pembacaan aku, kad kredit Maybank ada menawarkan khidmat EzyPay iaitu 0% installment, iaitu pembiayaan untuk membeli sesuatu produk secara bayaran ansuran kepada Maybank dalam satu tempoh masa tertentu sehingga 24 bulan.

Kesilapan-kesilapan besar yang telah aku buat:

1) Aku tak tahu EzyPay tu kena isi borang dan mohon kelulusan dari Maybank dahulu.

2) Aku ingat penggunaan biasa kad kredit tu ialah EzyPay / aku ingat EzyPay ialah swipe seperti biasa.

3) Jadi waktu aku beli barang pada Februari lepas bernilai rm4k+, aku dan jurujual tu setuju guna EzyPay. Lepas tu dia tanya “ke nak guna one-swipe?”…aku ingat benda sama..jurujual tu pun tak explain apa-apa..jadi aku ye kan aja la..so bermula la tragedi hitam…huhuhu

3) Aku tak sedar Transaction History tidak menyenaraikan sekali interest charge, cuma boleh nampak bila buka Statement. Aku ingatkan Transaction History sama dengan Statement. Sedihnya bila pakai OnlineStatement je, memang la jarang aku nak check sebab ingat sama dengan transaction.

4) Setiap bulan, dekat M2U ada bagi statement balance, minimum payment, due date etc. Untuk limit RM5000, minimum adalah sekitar rm250. Kalau ikut EzyPay, aku kena bayar rm400 sebulan..jadi aku bayar la rm400 sebulan. Aku tengok kat Transaction History lansung takde interest kena charge <sebab kalau kat loan punya page, apa-apa interest memang disenarai terus>. Jadi aku assume, owh memang betul la pakai kad kredit Maybank bayar minimum within time takkan kena interest.

BUT IT’S ALL BIG MISTAKE!!!

Aku mula curious bila terbaca di laman forum lowyat berkaitan pinjaman dan kad kredit. Banyak yang sibuk berkenaan Balance Transfer dan interest charge kad kredit…aku mula blur dan tak faham. Aku DM @MyMaybank yang berikut:

Masa ni aku masih blur sebab selama ni aku masih fikir kad aku takde pun dikenakan interest. Sebab aku kengkadang guna je la kad kredit untuk isi minyak dan beberapa bulan ni mula auto-billing bil celcom aku, jadi tak perasan ada interest. Sibuk giler kerja sampai aku tak terfikir nak kira…aigoo.

Petang tadi bila borak-borak dengan kawan aku, dia inform yang memang ada interest, tapi hanya dinyatakan dalam Statement sahaja. Terus aku buka online statement dan terkejut tengok memang ada interest yang dikenakan sekitar rm70+ sebulan (kadar faedah 17%!!!!)…GILA!!!

Sedih weh…kan awal-awal aritu aku minta guna EzyPay…sob sob….macam mana boleh jadi macam ni?

Aku ingat lagi tahun lepas sebelum aku ada kad kredit, kawan aku juga sewaktu nak bayar dipersetujui untuk guna EzyPay, tapi jurujual tu guna swipe je. Dan tadi still kawan aku tadi tu tak ambil pusing dia kena interest ke tak…sob sob.

Aku rasa ramai lagi yang tak faham term-term banking macam ni, paling bahaya bila jurujual yang promo EzyPay tapi pakai one-swipe je. Sedih gila. Kalau aku tahu memang ada interest takde la aku slow and steady je bayar…sob sob.

Jadi selama 9 bulan ni aku lansung tak sedar kad kredit aku ada dikenakan interest charge!!!

Sia-sia betul…nampak gaya kena mula study pasal balance transfer betul-betul. And will not use that card anymore unless really really emergency!!! sob sob…

Betul la kata orang bahaya bila ada kad kredit ni. Aku dah terkena..korang-korang yang baca ni…harap dapat ambik manfaat…supaya tak terkena jugak..huhu…aigoo.

5 thoughts on “Tragedi Kad Kredit…

  1. Salam Hurul-chan~
    It has been a while since I left comment here in your site. I am so sorry to hear about this. I thought u know selama ni. Since u involved in all this. Thanks for the peringatan by the way. Alhamdulillah, sejaka ambe kerja ni.. belum ambe terfikir nak buat kredit kad lagi. Yes, use it when u really need it.

    Take care

    xx

  2. Sorry to hear that.

    Tak nama nya kredit kad kalo tak de interest. Now ni ambe tgh struggling nak tutup semua kredit kad yg berjumlah 4 keping tu. Masa umur uols mmg sakan swipe. Dah tua2 ni baru nyesal. Nyesal dulu pendapatan, nyesal kemdian tiada guna nya. Padan muka sendiri heheh

  3. hai hurul,
    sian awak, sebab salah faham. takpe, sekurang2nya dah tau buat perkara yg berkait dgn kad kredit. saya dah 3 kali guna ezypay ni. nanti kalau nak guna ezypay, biasanya salesperson tu akan calculate berapa yg kena bayar bulanan. pastu kat slip bayaran kad kredit tu akan tertulis ‘EZP SALE’ , siap ada tempoh berapa lama kita nak bayar. saya dulu pernah terkena yg guna telefon nyer, kononnya terpilih untuk program loyalty..bla bla…bla… yg tu lagi bahaya. so hati2x bila angkat telepon ok? dengor dgn teliti dan jgn dedahkan no kad anda, ok?

    1. yup…x tau pun pasal EzyPay ni sebelum ni…tp good lesson…sekarang dah sangat berhati2 bila bayar guna kad…haha

      yg selalu call tu mmg saya tau x boleh dedah info sebarang…huhu

      and nasib jugak ada balance transfer program ni..hoho…kira jimat la on faedah..haha..tapi end up sekarang i dapat 3 kredit kad…adooii…bahaya bahaya…haha

      neway, thanks a lot for info…hoho

  4. actually bagus pakai, selain emergency bole buat zero interest installment, tak semestinya ezypay. banyak sekarang buat zero interest. good for buying installment goods. but make sure sebut “zero interest installment”. im using ikea cc, bayar zero interest gak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *