Arjuna Hati [Norzailina Nordin]

Salam.

Baru sekejap tadi aku baru nak usha gambar percutian ke Kuala Lumpur April lalu. Rasanya takde pun aku blog mengenai percutian tu kan..keke. Apapun, kebetulan ketika di Kuala Lumpur, aku sempat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pertama kali menyertai Pesta Buku sebesar begini. Hanya beberapa gerai yang sempat aku singgah, namun berjaya juga aku memborong kira-kira 15 buah buku yang kebanyakkannya novel..lol.

Al-kisahnya, di pesta buku tersebut, aku sempat bertemu beberapa orang penulis, antaranya Normaslina Masri: penulis novel ‘mencari-suami@js.com’; nazratul waheeda @ weeda airiza @nazweena : penulis novel ‘nyanyian rindu’; juga ibu kepada nazweena, Puan Norzailina Nordin. Puan Norzailina merupakan seorang celebriti chef, juga penulis novel yang sudah mendapat tempat di persada penulisan Malaysia.

Bila menjengah blog Puan Norzailina sebentar tadi, aku terperasan ada satu novel yang aku sangat kagumi merupakan hasil penulisan beliau rupanya (sorry puan, saya sangat pelupa dengan nama orang, apatah lagi nama penulis buku).

Kagum, merupakan perkataan yang tepat untuk saya gambarkan novel Arjuna Hati. Ianya karya satu dalam seribu. Mengasyikkan membaca kisah Shabudin pada zaman bermulanya penerokaan British ke Tanah Melayu (or is it Portugis? sumber rujukan di internet semua menulis British..lol). Dia tersesat masuk ke kapal perdagang hingga akhirnya dibawa ke British. Pasrah dengan ketentuan hidup, Shabudin yang baru awal remaja itu meneruskan hidup di bumi asing, bermula dari buruh kasar hingga diberi kepercayaan mewarisi perniagaan tuannya.

There are twist & turn. Di akhir hayat Shabudin, dia berjaya kembali ke Tanah Melayu. Berjumpa keluarganya kembali dan menghabiskan sisa hidup dengan keluarga baru di Malaya. 4 generasi kemudian, melalui jurnal perninggalan Shabudin, cicitnya Azahari menjejak kembali sejarah moyangnya hingga bertemu dengan warisan peninggalan Shabudin.

I guess i really like this kind of story. Very unique and refreshing. Bring us to new world (err…its old world…Victoria period..lol) that we don’t really know. Okay la, bagi aku cerita Shabudin la yang sangat-sangat best, penerokaan Azahari tu macam biasa-biasa je la. Untuk seketika bahagian Azahari kinda bring the novel down a bit. It’s probably be nice if Azahari love story is not included, kinda hard to accept his love story eyh…bukan main konon nak jaga adab melayu, tapi selamba nak pegang-pegang mat salih. That’s my honest thought anyway.

Siapa yang minat 1515 dari Faizal Tehrani atau Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid, korang mungkin akan suka buku ni. Apapun, buku ni aku baca waktu kat U dulu, lebih 3 tahun lepas, tapi masih ingat jugak jalan cerita sampai sekarang, means that it’s really a good book eyh.

p/s: agak kecewa dengan blog-blog review buku sekarang, semua pun copy paste sinopsis belakang buku je, sampai agak payah aku nak sahih-kan isi kandungan buku ni…kekeke

3 thoughts on “Arjuna Hati [Norzailina Nordin]

  1. arghhhhhhhhhhh YES YES…ni ler buku peberet ambe ngan Tok ni…dolu kitorg baca, sampaikan nak carik sape plakon melayu yang sesuai ngan watak Azahari..ambe cadang Remy Ishak..(masa tuh sb Remy tengah laku..ahahhah)
    tapi part last..x best..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *