Mencari suami…

Assalamualaikum…

Macam buang tebiat je tajuk..hahaha. Dalam mood, azam dan misi nak membaca sebanyak mungkin koleksi novel-novel yang semangat je aku nak beli, tapi tak baca-baca. Jadi malam ni cuba membaca novel Mencari-Suami@JS.com, hasil karya Normaslina Masri. Buku ni aku beli semasa Pesta Buku Antarabangsa KL yang lepas, sempat juga berjumpa penulis dan siap minta autograp dan bergambar dengan si penulis..kekeke.

Tajuk dan sinopsis belakang buku macam best je kan. Apapun, setakat aku membaca 3 bab pertama dalam tempoh kurang setengah jam, rasanya boleh kot aku survive cara penceritaan/penulisan ni…lawak, kelakar and to the point (mind that aku ni memilih sikit gaya penulisan, so yang ni kira OK la…hoho). Tapi, walau baru 3 bab, aku sudah rasa seperti dihempap beban yang berat. Tiap baris ayat kerisauan Sofea (watak utama novel ni), rasa macam kerisauan atau bakal kerisauan aku jugak. Bayangkan, sedar tak sedar, umur tetiba mula angka 30, masa tu nak tak nak kena serius fikir pasal cari suami (LOL, walau pernah juga aku fikir, dalam Islam hukum untuk seorang wanita berkahwin adalah harus, tak diwajibkan, jadi kalau aku tak kahwin pun takpe).

Honest confession here (not to promote myself anyway), kalau watak novel ni macam ada klu-klu macam pernah bercinta, aku plak serius tak pernah ada boyfriend. And I actually can’t imagine myself getting to know a guy, be someone’s girlfriend, and then getting married. Berangan boleh la, siap buat hikayat lagi..hahaha, tapi real life..practically, I’m not someone that can easily to be in a relationship. Nak kata memilih, tak juga, cuma kebetulan kumbang-kumbang yang di kenal sama ada memang stok tak boleh buat suami, atau memang tak available..tsk tsk. Rasa kimia yang pernah wujud pun, waktu jumpa Jeajoong tahun lepas, tapi ye la…berapa rendah kebarangkalian la si Jeajoong tu akan kenal ngan aku…tsk tsk (owh sudah, jangan nak mula merepek).

Tapi serius la kan, aku boleh rasa soalan ni bukan aku je sedang dok pening fikir (dan yang selalu je dibuat lupa), korang pun sama jugak kan. Yang memang dah ada boyfriend, atau asyik tukar boyfriend, kes anda kira tunggu masa je okay..haha. Cuba fikirkan, kita ni yang perempuan-perempuan, yang asyik diajar jaga batasan pergaulan, yang lurus bendulnya akan anggap kawan sekitar hanya sebagai kawan dan takkan lebih dari itu…in what kind of condition we will meet our soulmate? (perghh, berat ayat…haha). Takkan la tetiba aku nak buat move flirting segala bila berjumpa yang berkenan di hati kan? Karang tetiba je bapak orang, tak ke mampus. Last-last, menunggu je la bulan gugur ke bumi. Tambah lagi yang badan saiz anak gajah ni, lagi la takde yang nak kan…wakaka.

Kalau dalam drama, atau dalam novel-novel…kebiasaanya memang akan ending happily ever after a.k.a si perempuan akhirnya bertemu cinta sejati (tetiba novel ni buat miracle ending si perempuan tak kawin-kawin sampai tua, memang aku tabik spring…haha). Tapi real life, kita takkan tahu our future. People will keep asking, and we also have desire to be like other normal person (huhu…andartu tu kira tak normal eyh?). Agak-agak akan ketemu tak jawapan dalam novel ni, we’ll see^^.

Dear soulmate, speak up if you do…you not easy to find^^

p/s: macam selalu je aku tulis entry macam gini kan..haha. Kat luar cool je, relex je single..tapi hakikat risau jugak..LOL

p/s 2: Jauh di sudut hati, sangat takut juga untuk berkahwin, banyak tanggungjawap tu. Diri sendiri tak terurus…aigoo.

 

 

8 thoughts on “Mencari suami…

  1. hurul, me too! T________T

    sama ada stok takleh dibuat calon suami ataupun sudah berpunya ataupun me takde perasaan dengan orang berkenaan.huhu…. susah2

  2. hehe, tue pasal kekadang aku tension gak ngan novel atopon movies nie, asyik happy ending jer.. tak real langsung.. haha!

    takpe laa takde bf pun, skang nie orang single lagi cool! hahaahahaha

  3. tak per laa dik..cinta tu akan hadir tanpa di duga….masa tak ada bf ni buat apa yang rasa nak buat..mr right is there for you dun cha worry….
    bak kata ex bos cik intan..u will find your soulmate when your heart is really ready to be loved..insyaallah

  4. huhu..
    dengar title jer dah meremang bulu roma.. (lol)
    err, daripada cari boyfriend, baik minta tlg family jer tlg carikan calon~ cari sendiri ada pro dan ada kontra nye.. 😉

  5. haha.. baca entry nih macam terkena batang idung sendiri.. me also never have bf. macam tuh la.. klo jumpa, dah berpunya.. atau xde perasaan.. but i do have lots of kawan lelaki..but just friends..

  6. salam hurulaini…hehe…nasib kita lebih kurang ja…tapi tertarik ngan satu benda ngan post kat atas…pasal jaejoong, tak sangka kita minat org yg sama….hehehe…pasal mencari calon suami, memang susah..kalau boleh, biarlah ada iman dan akhlak…tapi susah nak jumpa…sabar jalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *