Bini aku tomboy ke? (Arisa Eriza)

Assalamualaikum semua, hohoho, lama tak update blog.

Dalam beberapa tahun ni, pertama kali aku berjaya habis baca sebuah novel dalam masa 3 hari..ni retinya memang memberi perhatian jugak la dengan buku ni…aigooo, buku ntah apa-apa macam ni laju je baca, buku berat-berat yang lain nak ambik kat rak pun malas…wakaka.

Buku ni boleh dikategori dalam genre sempoi dan relek, tapi dimuat juga sedikit pengisian dan isu semasa secara tidak lansung. Mengisahkan Sofi Zarill Muhammad, tomboy yang lebih dikenali sebagai Zack (dalam novel ni baru aku tahu a.k.a stands for as known as…lol). Seorang perempuan lurus, tiada hati dengan perempuan, dan juga tiada rasa minat dengan lelaki. Cuma tahap tomboy dia ni agak melampau hingga pakai bengkung dada.

Zack ni wataknya agak sempurna jugak. Baik, tahu jaga diri, sangat cantik dan kaya. Kekurangannya cuma cara berpakaian seperti lelaki hingga sukar dicam sebagai perempuan, sifat kasar, nakal, suka sangat menyakat orang dan mulut laser sukati dia je nak cakap apa. Cerita bermula Zack yang singgah ke surau untuk bersolat, tapi disalah sangka sebagai lelaki masuk ke bahagian wanita bersolat, hingga dia dihalau dan dipukul dengan teruk. Walau dah beberapa kali dia nyatakan dia perempuan, tapi takde yang nak percaya. Tambah lagi dengan mulut dia yang lancang, makin memburukkan keadaan….salah ko jugak la Zack.

Satu isu yang berat dititikberatkan dalam novel ni, mengenai penjagaan maruah wanita. Beberapa watak sampingan digambar sebagai gadis yang mudah menyerah diri atas nama cinta. Selain itu, watak kasanova dihidupkan melalui Azim; dan watak perogol dihidupkan melalui Amri. Ironinya, Zack yang sering dikutuk sebagai pengkid, lebih tahu menjaga batasan antara dirinya dengan lelaki di sekeliling.

Dari segi penulisan novel ni, aku bagi 4 out of 10 la. Bukan apa, mula baca buku ni, sangat la tak berkenan dengan mulut laser Zack dengan perangai sukahati dia je. Permulaan novel ni agak lemah jugak la bagi aku, sebab penulis ni menulis main bantai melalut-lalut.  Bab-bab awal, banyak jugak huhuhu, hahaha, hehehe; kadang-kadang ayat di-metafora sangat hingga blur sekejap kita baca. Pendek cerita, penulisan seolah-olah ayat-ayat lintasan otak Zack…aigoo, pepaham la korang sendiri. Selain tu, bagi aku cerita sampingan seperti cerita Auntie Maria dan cerita sejarah dengan Fadilla seperti dipanjang-panjangkan sangat (sebenarnya aku kurang sikit kalau cerita banyak sangat cerita sampingan yang takde kaitan..haha).

Tapi lama-lama makin kuat jugak jalan cerita ni. Bagaimana si tomboy mula memilih pasangan hidup. Nasib ko cantik Zack oii, banyak je suka ngan ko walaupun tomboy..keke.  Ending yang agak cepat terutama bahagian yang sedih tu (nak tau apa, baca la sendiri, takkan aku nak letak spoiler sini…keke). Owh ya, kalau boleh buku ni jangan la bagi budak bawah 18 tahun baca, sebab ada dimasukkan unsur-unsur kedewasaan sedikit. Mungkin bagi sesetengah orang benda biasa, tapi aku kurang berkenan sikit kalau budak bawah umur baca buku ni..lol.

Apapun, good try, yang penting ada mesej yang disampaikan. Ambil yang baik…jangan ambil yang buruk..kekeke.

1 thought on “Bini aku tomboy ke? (Arisa Eriza)

  1. Bukan lah nak bangkang tapi saya suka giler novel ni sebab saya tak jemu-jemu baca walaupun dah berkali-kali.Saya juga terpaksalah mengaku bahawa saya sendiri merupakan seorang tomboy. Cerita-cerita seperti Aku Bukan Tomboy juga saya minati.Perwatakan saya sama seperti Zack tetapi saya tidak mempunyai peminat seperti Zack.Walaupun begitu, saya mencintai seorang lelaki dan bukan perempuan (lesbian)
    Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *