Meneladani P. Ramlee

Salam semua.

Rasanya semua pernah dengar dan mungkin juga sudah menonton dokumentari P. Ramlee yang di tayangkan di History Channel dulu. Buat yang tak berkesempatan menonton (seperti saya yang sangat jarang menonton TV ni), kini sudah boleh menonton secara penuh di You Tube:

Documenting P. Ramlee in History Channel

Serius sebak betul bila menonton dokumentari ni. Selama ini kita sering dengar betapa gah-nya nama P. Ramlee. Namun di sebaliknya, tersembunyi kisah yang begitu menghayat hati. Memang hidup ini ada jatuh bangunnya. Nauzubillah min zalik, semoga kita tidak diuji sebegini.

Untuk ada seorang yang sangat berbakat, namun jalannya sentiasa terhalang dan peluang ditutup, itu adalah suatu kerugian yang sangat besar. As I watch the documentary, I keep on thinking why you live in the 70’s and not now, why everybody keeping him low and never want to give him the opportunity to rise again. Minda skeptikel kita untuk menidak dan merendahkan produk kita sendiri. Seumpama kita malu mengaku apa-apa yang sedarhana buatan kita. Sama seperti sekarang, walau bagaimanapun usaha penggiat filem kita hingga menghasilkan filem seperti Hikayat Merong Mahawangsa, namun ia tetap direndah-rendahkan.

Namun, seperti yang semua sebutkan, tiada siapa yang masih mampu menandingi P. Ramlee. Belum ada yang mampu menghasilkan kualiti filem seperti apa yang dihasilkan P.Ramlee. Nah, kenapa tidak kita contohi cara dan disiplin P. Ramlee. Pengalaman para pelakon yang pernah bekerja dengan P. Ramlee ada berkongsi:

  • kadang-kadang satu shot tu sampai sehari untuk dapat;
  • P.Ramlee sangat teliti, semua dia beri perhatian, pelakon extra pun dia teliti
  • P.Ramlee sangat penyabar, dia tunggu hingga sampai betul-betul sampai perasaan yang dia hendak

Saya tidak tahu entah kenapa industri filem dan drama kita kurang mendapat perhatian. Kita ada pelakon hebat yang boleh memberi nyawa pada watak mereka. Kita pernah ada pengarah filem yang mampu memberi nafas baru pada filem seperti arwah Yasmin Ahmad. Dan kita masih punya pengarah berbakat seperti Aflin Shauki dan Kabir Bhatia.

Dan saya juga secara jujur kurang memberi perhatian kepada industri kita dan lebih tertarik kepada hasil produk Korea. Menularnya deman drama Korea bukanlah hanya sekadar pada rupa pelakon yang kacak atau rupawan. Empat resipi utama yang menjadi tulang belakang drama Korea:

  1. Skrip dan plot yang mantap dan teliti
  2. Para pelakon yang mampu membawa watak dengan sungguh berkesan
  3. Pengarahan yang teliti, penyediaan prop yang rapi
  4. Lagu OST yang memberi efek berganda pada drama atau filem

Resipi ini sama seperti apa yang pernah arwah P.Ramlee amalkan. Kenapakah kita tidak mampu membudayakan semula? Walaupun ramai tahu saya tegar dengan drama Korea, namun saya berani mengakui saya tidak kagum dengan Boys Over Flower yang digilai ramai. Tontonlah Dea Mul, Cain & Abel atau Queen Seon Duk, drama yang amat teliti dari segi produksi, lakonan yang hidup dan skrip/plot yang mantap. Banyak lagi drama yang sungguh menampakkan ketelitian rakaman. Itulah seni yang boleh dibangga.

Saya mahu menyokong industri kita. Namun usahalah untuk memberi kualiti pada penonton. Ramai yang mengkritik skrip berjela Hikayat Merong Mahawangsa membosankan. Namun ia sebenarnya permulaan yang baik. Hidupkan semula industri kita dengan tema-tema yang segar. Filem mengenai cinta semata sudah lapuk, namun tidak mustahil boleh menjadi filem hebat seperti filem Cinta(2006). Saya menanti kiranya nanti akan ada pewaris kegemilangan P.Ramlee.

Nota tambahan: Terfikir juga, bagaimana arahnya hidup ini. Bagaimana matlamat hala tuju kita? Bagaimana pengakhiran kita nanti…

6 thoughts on “Meneladani P. Ramlee

  1. a’ah kan ..sehari satu shot..betapa sabarnyelah..
    skrg ni nk satu shot, kene tunggu plakon dolulah..camne boleh ke dier stay untuk satu ari..ntah2 plakon tuh ada 2 3 pilem lagi nak kene buat…aheeee…so sad..

  2. hmm.. Citer yg ditayang kebanyakannya di hasilkan ikut demand rakyat.. Bukan wayang jer, novel2 pon banyak jiwang2 jer.. Rakyat kita terlebih kasih-sayang kot.. Tu yg ramai manja sampai buang sampah merata.. *sigh*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *