Karipap-karipap cinta

Salam.

Hari ni berjaya habis baca novel Karipap-karipap Cinta, dibaca kurang dari 24 jam [Kalau penulis buku ni baca ni…mesti fikir..eih, perempuan ni takde kerja lain sampai dapat habis baca novel dalam masa sehari?]…hahaha. Novel ni nipis je, 254 mukasurat. Dah lama tak menghadap novel lelama macam ni, buku Jaja & Din pun aku tak habis baca lagi. Apapun, buku ni dah dibeli pada 21 Mei 2010 selepas baca review Waiem unnie, dah dekat setahun baru nak baca…hehehe.

Sama dengan Waiem unnie, tertarik dengan cover buku ni: Novel Best Seller Bila 1 Malaysia membelinya. Tapi kalau tak silap, buku ni memang jadi best seller pun, siap 3 kali cetak dalam tempoh sebulan (mengikut pemahaman bacaan dari blog Portal PTS).

Tapi, I really recommend this book. Gaya penulisan selamba yang banyak diselit humor. Penceritaan sering memasukkan logik dan sindiran ke atas metafora dan fenomena yang berlaku di sekeliling kita [macam tinggi je ayat aku ni..haha]. Kisah Ali, seorang lelaki biasa yang jatuh cinta pada Sarah, hingga buat Ali sanggup buat apa sahaja demi memikat Sarah. Satu bahan bacaan yang ringan.

Novel ni juga bakal diadaptasi menjadi filem, bakal berada di layar perak pada Jun 2011 (mengikut info yang dijumpa di internet). Ada terjumpa beberapa klip berkaitan novel/filem ni: [Update] Dah ada trailer rasmi kat youtube:

Yang lain boleh usha Youtube rasmi Karipap2Cinta.   Boleh juga jengah blog penulis buku ni di dunia-vovin.com. Boleh juga baca ulasan buku ini di laman psittacula.wordpress.com (kagum sambil iri hati dengan penulisan ulasan yang sangat baik) http://www.dunia-vovin.com/

1 thought on “Karipap-karipap cinta

  1. heeheh..sy pn dh bca buku ni..lma dulu..mmg best la..penulisan yg segar..gaya yg bersahaja tp msih menjaga bahasa..hope the movie pn ok..cam buku nyer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *