Detik kelahiran dan kematian..

Salam…

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas di bumi ini, serta selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad, penyebar risalah kebenaran.

Deru hujan di luar…mungkinkah rahmah di turunkan ke bumi?

Hari ini kita mengingati kelahiran Rasullulah. Seorang insan, manusia biasa yang dipertanggungjawapkan dengan amanah yang berat. Betapa tabahnya Rasullulah menempuh segala cabaran dan dugaan. Terkadang malu rasa diri bila difikir jauhnya diri ini dengan peribadi baginda.

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tak terbalas segala jasamu
sesungguhnya engkau Rasul mulia

tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang panji kemenangan
terukir namamu di dalam Al-Quran

Hari ini juga menerima berita, anak kakak-ku meninggal dunia dalam kandungan. Hidup ini kadang kala sukar dijangka bukan. Perginya sebelum melihat dunia kami redhai. Semoga kakak dan abang tabah dengan ketentuan Ilahi.

Tetapi iman merelakan jua..bahawa manusia kan mati akhirnya…

Kadang-kadang sering terfikir, untuk apanya hidup ini…

Kadang-kadang tidak tertahan ujian dunia…terasa sengsara, terasa hampir gila..terasa mahu putus asa…

Kadang-kadang tidak ditemu semangat untuk teruskan hidup, untuk lalui hari-hari mendatang…

Tapi kadang-kadang kita tersentak, betapa jarak hidup dan mati hanya sejengkal cuma…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi hidup..

tetapkan kami di jalan-Mu

Telah tertulis suratan nasib
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biar pun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

2 thoughts on “Detik kelahiran dan kematian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *