Rock Rock Rock

Annyeong yorobun^^

Rock Rock Rock, drama khas 4 episod berdasarkan kisah benar lagenda rock Korea Selatan Kim Tae Won. Kalau kat Malaysia ada filem Rock yang secara general mengimbau zaman kegemilangan rock Malaysia. Drama yang membawa feel yang sama, mengimbau zaman kegemilangan rock di era 80-an.

Kalau di Malaysia, zaman rock dihidupkan dengan kumpulan rock seperti Search. Zaman kegemilangan rock 80-an di Korea Selatan pula di-isi oleh kumpulan Boohwal, Baekdoosan, and Sinawe. Ketiga-tiga kumpulan ini digelar ‘Big 3’. Keistimewaannya, ketiga-tiga diketuai oleh guitarist berbakat [Boohwal – Kim Tae Won, Baekdoosan – Kim Do Kyun ???, Sinawe – Shin Dae Chul ???]; mempunyai vokalist yang unik dan bermatlamat mencipta muzik heavy metal.

Drama ini memfokuskan Kim Tae Won, self-learned guitarist, yang mula belajar bermain gitar sejak usia awal remaja. Di sebalik kegemilangannya di pentas dan kehebatan lagunya, ada kisah hidup duka. Dia pernah cuba membunuh diri, pernah dipenjara 2 kali, mengambil dadah dan dirawat di pusat mental. Namun kepahitan hidupnya menjadi melodi lagu yang mengangkat namanya.

Kisah hidup Kim Tae Won memang perlu menjadi iktibar generasi muda. Dia berusaha kuat untuk mencapai impian, namun usaha kadang kala tidak menyebelahinya. Dia pernah memilih jalan yang salah, dia bukan manusia yang sempurna, dan dia telah buktikan, bakat dan kejayaan takkan dicapai dengan mudah.

Qouting from ep4:

I’ve always been like that dark sky. The one helping those stars shine. The kind of dark sky which, if no stars shine beside it, is completely ignored.
You know? I, too, wanted to shine like those stars, at least once. Some people are just born stars. But ordinary people can try all they want, and there is no way for them to shine. Seeing those people makes you sad, and angry as well. It even causes your own downfall. Just like it did for me.

Sayu juga la layan drama ni, terutama di peringkat dia dah mula ambik dadah. Tapi sangat respect dengan girlfriend dia yang tetap sokong dia walau dia dah dalam zaman kegelapan. Manusia ni kan, takkan selamanya baik, dan takkan selamanya jahat. Kadang-kadang pilih jalan yang salah. Kadang-kadang keadaan menekan hingga hilang arah hidup.

Apapun, beberapa lagu hit Boohwal:

Lee Seung Chul & Boohwal : Rain & Your Story (LIVE 2002)

Lee Seung Chul & Boohwal : Never Ending Story (LIVE 2002) [with some concert talking, behind the scene & interview]:

Lee Seung Chul & Boohwal : The More I Love You (LIVE 2002)

p/s: patut pun rasa Never Ending Story macam pernah dengar, rupanya Yoon Sang Hyun pernah nyanyi untuk drama Queen of Housewives:

5 thoughts on “Rock Rock Rock

  1. tgk cerita ni kat kbs tapi ep last je.. hehehe sedih kut tgk mcm mana dia nyanyi atas pentas.. pastu kena tangkap plak.. aigoo.. jap sapa eh hero cerita nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *