Penukaran terma perkhidmatan TM

image

Perasankah anda TM memperkenalkan terma baru untuk perkhidmatan Pelan Pangilan Tempatan & National?

Dalam era telefon mudah alih, TM telah memperkenalkan Pelan Pangilan Tempatan untuk menggalak lebih ramai rakyat Malaysia menyambung perkhidmatan telefon rumah. Melalui pelan ini, pengguna boleh menghubungi mana-mana nombor tempatan & nasional secara percuma.

Namun, kini TM memperkenal terma baru iaitu panggilan percuma hanya terhad kepada 5000minit sebulan. Bagi pelanggan yang melebihi tempoh ini dikira sebagai menyalah guna pelan panggilan & tawaran panggilan percuma akan diberhenti serta merta.

Saya agak terkilan (atau mungkin merasa lucu), terma ‘penyalahgunaan’ di label bagi perkhidmatan yang asalnya tidak terhad. Bagi menjaga imej baik TM, seeloknya terma ‘panggilan percuma sehingga 5000 minit sahaja’ adalah lebih baik & jujur. ‘Pengguna yang mengguna melebihi 5000 minit akan dikenakan caj pangilan seperti pelan asal/standard’.

1 thought on “Penukaran terma perkhidmatan TM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *