Pertukaran ke sistem ujrah

image

Pagi tadi menelifon pihak PTPTN kerana masih belum menerima surat tawaran bayaran balik berdasarkan kaedah ujrah. Dijadualkan 10 hb bulan berikut selepas kemaskini data sudah dihantar.

Baru diterima surat tawaran, alhamdulillah. Perkara pertama yang dilihat pastinya berapa jumlah faedah baru, jumlah bayaran sebulan, dan kaedah bayaran.

Selepas bertukar ke sistem ujrah, saya mendapat pengurangan kadar faedah dari 7 ribu lebih kepada 4 ribu lebih. Penjimatan lebih kurang 3 ribu rasanya sudah agak baik.

Sebenarnya, jumlah faedah ini boleh berkurang lagi jika saya mengurangkan tempoh pembayaran balik dalam surat perjanjian. Sebagai contoh, faedah yang dikenakan kepada saya bagi perjanjian bayaran balik 15 tahun ialah RM4200. Jika perjanjian saya ialah 10 tahun, jumlah faedah hanyalah RM2800. Jauh bezanya bukan.

Cara pengiraan faedah: Jumlah pinjaman X 1% setahun X jumlah tahun bayaran balik

Contoh: Faedah bagi 10 tahun bayaran balik = RM28000 X 1/100 X 10 tahun = RM2800

             Faedah bagi 7 tahun bayaran balik = RM28000 X 1/100 X 7 tahun = RM1960

Saya sudah bertanya tadi, bolehkah jika saya ingin menukar perjanjian ke tempoh yang lebih singkat dengan matlamat merendahkan lagi jumlah faedah. Kakitangan PTPTN menyatakan setelah tamat membuat bayaran, pengemaskinian akan dilakukan dan jika tempoh bayaran lebih singkat, kadar faedah akan dikira sewajarnya.

Saya meragui jawapan ini kerana sefaham saya, sistem ujrah atau mana-mana sistem pembayaran Islam, kadar faedah ialah tetap mengikut jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian. Walau kita membayar lebih cepat, jumlah bayaran ialah tetap seperti perjanjian. Inilah membezakan sistem berteraskan Islam dengan sistem konvensional di mana jumlah transaksi yang terlibat dalam sistem berteraskan Islam ialah tetap, pihak yang terlibat mengetahui jumlah transaksi yang terlibat. Berbeza dengan sistem konventional, kadar faedah dikira berdasar baki bayaran. (Untuk sistem konvensional) Sekiranya kita membayar lebih cepat, jumlah faedah akan berkurang,manakala jika membayar sedikit sedikit dalam tempoh masa yang lebih panjang, jumlah faedah akan bertambah.

Menjawap persoalan pengunjung pada entri sebelum ini, cara bayaran balik yang dinyatakan dalam surat perjanjian ialah kadar rata tetap, dan dibayar melalui potongan gaji bagi yang bermajikan. Di surat tawaran ada dinyatakan PTPTN berhak merubah cara bayaran balik, mungkin akan diperkenal sistem bayaran kadar berperingkat seperti sekarang, Wallahualam.

Satu kekurangan yang dirasai ialah kurangnya flexibiliti dalam bayaran balik. Jika sebelum ini kita boleh menentukan sendiri berapa yang mahu dibayar setiap bulan, kini bayarannya sudah tetap, dan pastinya lebih tinggi dari apa yang graduan baru berkerja biasa membayar.

Pastinya saya akan menelifon lagi PTPTN kerana penjamin pertama saya sudah meninggal dunia.
Juga, masih lagi berfikir mahukah diminta kurang tempoh bayaran balik???

14 thoughts on “Pertukaran ke sistem ujrah

    1. Berlainan kerana pendapat diutara atas perspektif yang berbeza:

      1) Bercakap mengenai sistem sistem pinjaman adil/ fully Islamic, itu adalah terpulang kepada PTPTN dan di luar bidang kuasa peminjam^^

      2) Ya, baki adalah berdasarkan Jun 2008, dan saya tamat belajar Jun 2008. Kerana itu, peratusan faedah saya akan dikenakan 1% untuk keseluruhan pinjaman. Berbeza dengan individu yang tamat sebelum sesi Jun 2008, tempoh antara graduasi hingga Jun 2008 mungkin dikenakan kadar faedah 3% (Wallahualam, saya juga kurang input mengenai ini selain dari sumber artikel yang sama)

      3) Contoh pengiraan artikel berkenaan adalah dengan andaian belum ada pembayaran dibuat dari tempoh graduasi hingga Jun 2008. By right, peminjam sepatutnya ada membuat bayaran. Cuba kira semula jika peminjam ada membuat bayaran mengikut jadual sejak tamat belajar, adakah bayaran balik akan berganda atau berkurang?

      4)Bayaran secara potongan gaji adalah salah satu langkah PTPTN untuk menuntut kembali hutang peminjam, dan saya hormati. Sebenarnya tidak ada beza jika kita memang membayar setiap bulan kepada PTPTN (kecuali jumlah yang perlu dibayar telah ditetapkan/tidak fleksibel lagi)

      5) Sejak sebelum sistem Ujrah diperkenalkan, PTPTN telah mengamalkan 2 sistem bayaran balik iaitu Kadar Progresif & Kadar purata.
      Kadar Progresif paling meluas diguna pakai, di mana peminjam akan mula membayar dengan nilai yang rendah dahulu, contohnya rm70 pada tahun pertama (bayaran balik), rm90 pada tahun kedua & seterusnya. Kenyataan “helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan” adalah tidak wajar kerana PTPTN telah lebih awal memberi jadual bayaran balik secara progesif (penaikan bayaran mengikut tahun).
      Kadar purata adalah apa yang PTPTN gunapakai dalam sistem ujrah. Bagaimanapun, dalam surat perjanjian baru, ada dinyatakan ‘PTPTN berhak menukar cara bayaran balik’. Ini bermaksud kemungkinan peminjam boleh memohon untuk membayar secara progesif, tetapi kelulusan adalah terpulang kepada PTPTN.

      6) Peminjam sepatutnya memahami kaedah pengiraan faedah/interest berasaskan baki berakhir. Ia bukannya ‘simple mathematic’ yang boleh dikira peratusan begitu sahaja. Itu adalah tanggungjawap kita sebagai peminjam. Sistem ini adalah sama dengan sistem pinjaman biasa/conventional dengan pihak bank, sama dengan cara jual beli kereta & rumah kita dengan pihak bank, melainkan jika kita mengambil pinjaman berasaskan syariah dari mula lagi.

      Apapun, sistem Ujrah ini adalah pilihan. Di sini saya lihat rasional kenapa PTPTN tidak secara automatik mengenakan sistem ujrah 1% kepada semua peminjam, tetapi meminta peminjam menandatangan surat perjanjian baru. Jika peminjam merasakan nilai hutang berganda jika bertukar ke sistem ujrah, maka sebaiknya jangan ditukar ke sistem ujrah.
      Bagi yang merasa terbeban tengan jumlah potongan gaji yang banyak, mungkin boleh cuba mengemukakan rayuan bayaran balik secara progesif mengikut kemampuan.

  1. salam..sj sekadar mencelah..ujrah ni kdr byrn die flat, tiap2 bln byr sme je smpe la biz tmpoh byrn blk..klu nk sgkt kn tmpoh byrn pun kene byr kos upah 2 smpe biz sprti yg stated dlm prjnjian 2..so bg org yg nk byr lumpsum, xperlu apply ujrah sbb nnt akan d selaraskan akaun die n klu ade lebihan akan d pulangkan..bg penjamin lak,, wjb makayh..klu dh meninggal, kepilkan skali sijil kematian n kosgkn ruangan 2…

  2. Saya nak tanya adakah kami pelajar yang membuat pinjaman PTPTK juga boleh memohon ujrah, seperti yang ditawarkan kepada pelajar PTPTN. Kalau boleh bagaimana caranya.

  3. saya setuju dengan cik hurulaini..kalau ikut perkiraan saya, saya dh boleh jimat dalam 5K…ada sesetengah org x reti nk kira dan still menyalahkan ptptn..mungkin ada sedikit keuntungan yg ptptn perolehi tp kalau dia x dpt keuntungan tersebut mcm mana dia nk bg pinjaman pada adik2 dan anak2 kita pulak kn… 🙂

  4. saya nak minta tolong boleh tak, saya cuma dapat surat tawaran sahaja, tetapi tak dapat panduan. saya nak minta kawan2 semua tolong email kat saya Fail kedua – Peraturan Am Mengisi Dokumen Perjanjian Ujrah. email saya iaput80@gmail.com. kerjasama anda amatlah saya hargai sesangat2. tq.

    1. salam…boleh call ptptn untuk mereka email semula. last time saya call diorang baru terima surat tawaran ujrah

  5. wajib pembayaran melalui potongan gaji ke? kalo yg bekerja sendiri bagaimana untuk sistem ujrah ni? blh apply gak ke?

    jika tdk keberatan, mohon reply pd emel, kerana sy selalu terlepas pndg pd reply comment di blog..terima ksih. kalo tak susahkn lah..sy kurg pengetahuan tntg ini, kerana sy perlu buat pengurgn cas ini.cuma mahu buatkan untuk adik sy yg bru hbs belajar..tq ya..

    cahaya_mutiara86@yahoo.com

  6. ***** typo sorry, hehe

    ….kerana sy ‘tak’ perlu buat pengurgn cas ini.cuma mahu buatkan untuk adik sy yg bru hbs belajar..tq ya..

  7. SALAM SYE NK TYE…CMNE KLO KITE DH DPT SRT PTPTN TPI SURT TWRN XDE???CMNE SYE BINGUNG SEDANGKAN SYE X ISI MNE2 BORG PTPTN PUN..MHON PENJELASAN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *