BEETHOVEN VIRUS

Salam penuh kesejahteraan buat semua.

BV1

Seperti yang aku war-war-kan di twitter, aku baru je khatam drama korea 18 episod ni. Another cool korean drama bagi peminat drama yang suka kelainan dalam drama yang ditonton. Drama ni bermula dengan Du Ru Mi yang ditugaskan untuk urus penubuhan sebuah orkestra untuk satu event bandar tersebut. Nak dijadikan cerita, Du Ru Mi rupanya ditipu, dan dana untuk orkestra itu telah lesap. Nak tak nak, terpaksa la dia menubuh kumpulan orkestra dari kalangan pemain-pemain muzik bukan professional. Ada polis trafik yang digantung kerja, suri rumah, orang tua, pemuzik kabaret dan pelajar sekolah yang jauh dari tahap pemain professional dalam bermain muzik. Dan kebetulan pulak, Du Ru Mi telah mengupah seorang konduktor yang digelar “Orchestra Killer”. Pendek cerita, drama ni mengenai kumpulan orkestra ni la…

Sinopsis dari d-addicts:

Kang Gun Woo is an orchestra conductor in his 40’s. He is an elite workaholic conductor who has a very bad reputation. He is known as someone who will do absolutely anything in order to create the very best music. However, due to his self-righteous and stubborn personality he thinks that only his thoughts are correct which makes him unable to form good relationships with those around him. He meets Du Ru Mi, a violinist, and a trumpet player who has the same name as him in an amateur ochestra.

bvcastwo1

Menarik mengenai drama ini:

  • Memula tengok episod 1 hingga 2, buat aku ingat ngan Nodame Cantabile sebab tema awal-awal tu macam sama, kumpulan orkestra dari kalangan permain-permain yang tak cukup kemahiran, bertemu dengan konduktor yang ‘killer’.
  • Masuk episod 3 pula, ingat ngan August Rush, sebab tetiba salah seorang ahli orkestra tu rupanya super duper genius dalam muzik walau pada hakikat tak pernah belajar muzik lansung dan tak reti baca not muzik (& masuk orkestra tu pun sebab kesian dengan Du Ru Mi).
  • Biasanya kalau dalam drama korea, walau cinta tiga segi, empat segi atau lima segi sekalipun…kita boleh teka atau pilih yang mana couple dengan yang mana kan? Tapi serius, untuk drama ni…aku tak dapat nak choose, dua-dua pun okay. Setakat ni, baru dua drama yang aku tengok ada effect macam ni…iaitu drama ni dan drama My Love Pitzzy.
  • Dalam drama ni kita boleh tengok bagaimana seorang perempuan muda bercinta dengan lelaki 40-an yang tak romantik lansung dan tak pandai pun nak jaga hati orang sekitar (macam lawak je aku tengok ni…haha)
  • Asalnya drama ni cuma 16 episod je, tapi disebabkan rating yang tinggi, 2 episod ditambah menjadikan jumlah semuanya 18 episod + 1 episod special (the making). Aku pun mula-mula tak sangka drama ni best betul…hehe.
  • Walaupun drama ini baru ditayangkan bermula September 2008 hingga November 2008, tapi ia telah berjaya menerima lebih kurang 13 anugerah seperti Best TV Drama, Best TV actor dan Most Popular TV drama.
  • OST drama ni memang best-best…aku dah letak download link kat bawah untuk korang sedut…hehe. Dan maybe sebab muzik yang best inilah yang buat aku suka sangat ngan drama ni.
  • Banyak nilai & isu yang boleh kita ambik pengajaran dari drama ni macam bagaimana kita menilai sesorang itu sebab penilaian pertama (first impression) tidak semestinya menunjukkan maksud sebenar seseorang. Kadang-kadang bila sudah mengenali dengan betul-betul mendalam baru kita kenal dengan orang-orang di sekeliling kita.
  • Dalam drama ini, salah seorang Gun Woo (yang dilakonkan oleh Jang Guen Suk) ialah seorang yang baik hati & ceria. Satu kelebihan dia di dalam drama ini ialah walau baru melalui keadaan yang tak best atau tekanan, tapi sebaik sahaja mula conduct orkestra, ekspresi mukanya akan berubah menjadi sungguh ceria mengikut rentak muzik yang dimainkan. So Cute..hihi.. Contoh:

gw2gw

Screenshot dari episod 1 – 3:

EP1EP2EP3

Video sedutan drama ***SPOILER***

Download:

Drama’s Torrent: D-addict, Avistaz

Direct Download(MegaUpload): Korean4vn , SilentRegrets

Subtitle Direct Download: D-Addict

OST: MegaUpload; KDramaQueen

~~~

MORE INFO: WIKIPEDIA, DRAMAWIKI

Credit Pic: Koala41

NOTA: Aku tak pasti sama ada lagu Beethoven Virus yang dimainkan BanYa (lagu kat sidebar) ada digunakan di dalam drama ni atau tidak sebab tidak tersenarai dalam OST dan sebab semua berasal dari muzik Beethoven, susah nak cam. Anyone can confirm this? Tapi kan…memang suka sangat lagu ni…hihi…macam lagu ni yang selalu guna…but not sure…hihi.

~~~||~~~||~~~

Salingan:

U-Know: Baru kekanda faham kenapa dinda menolak proposal kekanda dulu…rupanya dinda sudah jatuh hati pada Jang Guen Suk ye…sampainya hatimu menduakan aku~~~teruskan dengan lagu Spring itu~~

you-know-who: Maafkan dinda kekanda, tapi apakan daya…dia sungguh comel kekanda…(kenapa skrip ni yang perempuan asyik nak minta maaf…aigoo)

U-Know: demo lo ni tok supo mulo….tok berani kawe nok tego… ~~menyanyi dengan penuh semangat dan syahdu sambil tangan buat gaya dikir barat~~~

you-know-who: :shock:

p/s: tolong jangan imagine yunho buat dikir barat k….hahaha

32 thoughts on “BEETHOVEN VIRUS

  1. kalau ko rasa lagu kat sidebar blog aku ni best….aku boleh kata drama ni best agi dr 19 years old sister in law….haha…& sebest gokusen (gokusen lain genre, payah nak compare)….kalau ko penah tengok nodame cantabile…mcm tu la best nye…hihi

  2. huhuhu..dah sesuai nie nak review untuk magazine…anyway….respect ur article…aku tak minat laks drama korea..sebab aku rasa orang korea nie cakap cam garang je…baik ke, jiwang ke semua sama hahah
    .-= pear´s last blog ..Apa itu editing? =-.

  3. finally, ade gak org nk buat review psl cite ni.
    saye ade disc dye tp blom sempat tgok.
    in consideration, tetibe bace akak punye post.
    bole la tgok dgn hati yg lega pasni.
    ingatkan cite ni x best.
    .-= Iera Hanna´s last blog ..She Is My Gem =-.

  4. nodame cantabile..aku siap edit ambik scene main orkestra utk tunjuk ngan student darjah 3…kelas muzik…haha….buat silibus extra pengenalan orkestra ngan student darjah 3…kekeke

  5. yup3..part ahjuma main cello tu mmg best…power rrr lagu yg dia mainkan…aku rasa mcm nak buat fanvid je…x reti sangat software edit bideo ni…hihi
    yg aku baca, mmg ni first korean drama yg seumpama mcm ni….siap diorang pangil violist bebetul feature dlm drama ni…hihi

  6. Citer ni aku dah tengok awal tahun yang lalu…best…aku ske part ahjuma main selo tu…perggggh feel je kan…citer ni takla berat cuma kelainan skit compare dengan citer2 korea yang lain…….

  7. jjang jjang jjang..
    lagu2 lam cite nih best2..

    Tracklist:

    01. Fate
    02. Comfort stage
    03. My person – Hwan Hee
    04. Rashful Du Ru Mi
    05. Beethoven’s thoughts
    06. Challenge
    07. Can you hear me – Tae Yeon from SNSD
    08. Waiting
    09. Maestro
    10. Because of one person.. – Lee Jin Sung (Monday Kiz)
    11. Passion
    12. Looking from above
    13. Love burning melody(Day by Day) – SNSD
    14. Towards tomorrow
    15. Shaking love
    16. My Humming – Im Ji Hyun
    17. Run, Kang Gun Woo
    18. Team of passion
    19. Dream of future – Mun Ji Sung
    20. Will be able to love
    21. Dreams of happiness
    22. Last concert
    23. Beethoven Virus
    .-= ashie´s last blog ..Kes Keboringan!! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *