Fenomena blogger tegar

blog-stat

Salam penuh kesejahteraan buat semua.

Hohoho. Akhirnya aku mengupdate juga. Aku plan nak biar je blog ni tak berupdate hingga ke hari Khamis, namun jiwa ragaku meronta-ronta untuk mengupdate juga blog ini. Malah sebenarnya dari semalam lagi aku ingin update, tapi kemudian aku leka membuat spring clean hard disc laptop aku. Dan sebenar-benarnya dua tiga hari ini, aku masih lagi dengan rutinku melawat dari satu blog ke blog yang lain….hoho, sibuk konon.

Tapi alhamdulillah, selama tiga (atau dua?) hari tidak mengupdate blog, aku dapat juga menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti aku yang lain seperti meng-burn koleksi-koleksi drama (yang membuatkan free hard disc space hanya tinggal 6GB dari 250GB…hoho) serta sempat juga aku menonton dua movie iaitu Fast & Furious 4 dan Dragon Ball: The Magic Begin.

Preview ringkas untuk Fast & Furious 4: Filem aksi yang punya aksi lumba kereta & kesan2 khas yang mantap. Yang paling aku suka ialah diorang guna salah satu lagu favourate aku: Rising Sun (oleh Dong Bang Shin Ki) sebagai lagu background sewaktu aksi kejar-kejar antara penjenayah & polis (Brian) pada awal filem tu…hoho (bangga giler lagu DBSK masuk filem hollywood…haha). Tapi, bagi yang belum tengok lagi filem ini, aku tak galakkan korang tengok sebab banyak imej wanita yang mengugat iman korang (lelaki) dalam filem ni, lagipun jalan cerita dia macam tu je (memula aku blur cerita ni apa yang nak disampai, rupanya hanya cerita polis tangkap penjenayah cemtu je). Aku rasa Tokyo Drift lebih best dari yang ni.

Preview ringkas untuk Dragon Ball The Magic Begin: Bagi aku filem ini lagi best dari Evolution kerana watak-watak & latar belakang filem ini mirip komik asal Dragon Ball. Kisah berkisar dari permulaan komik dragon ball sewaktu Bulma mula berkenal dengan Goku…& kemudian berkenalan dengan Oolong (piggy), Yamcha & Master Roshi. Dalam filem ini, korang boleh lihat aksi terbang-terbang, kungfu stail Asia, pengunaan haiwan-haiwan untuk menepati komik asal. Dari segi jalan cerita…ia tidaklah menarik sangat, faham-faham la filem lama…hoho. Tapi ia amat lucu untuk ditonton. Haha. Kat bawah ni screen shot bagi filem ni, boleh klik untuk preview yang lebih jelas.

dbtmb

themagicbegindbtmb2

Berbalik kepada diri aku sendiri, dari segi kerja belum sibuk sangat minggu ni (alert the word ‘belum’). Hoho (kenapa banyak sangat hoho ni?). Consultant auditor kami akan datang hari ini, bermakna esok mungkin aku kena pergi ke site yang terletak di sempadan Sarawak-Indonesia untuk bantu selesaikan hal-hal ISO. Kerja-kerja design juga sudah ada progress, cuma tinggal bahagian perincian & menyediakan semua ke format drawing A1. Alhamdulillah.

Untuk blog ni pulak, aku rasa sadis betul tengok statistik blog aku (lihat gambar paling atas, statistik sehingga tengah hari). Sekejap naik sekejap jatuh…hoho. Aku rasa hypothesis aku yang menyatakan “update blog berkadar lansung dengan jumlah pelawat blog” ada benarnya. Kerana itulah aku kebiasaannya mengupdate sekali sehari supaya statistik aku bertaburan malar. Namun aku terfikir, kepada blogger-blogger yang kurang bermatlamat untuk mendapat income dari blog, adakah korang masih mengutamakan naik turun statistik blog korang?

p/s: psyco-kah aku kerana concern pasal statistik? hahaha

:neutral:Apapun kepada yang memberi feedback untuk entri-entri aku yang lepas, terima kasih banyak-banyak. Nanti-nanti aku reply komen-komen korang k….hoho. Apapun, teruskan mengkomen entri ntah apa aku ni…haha. Jangan korang spam sudah…hoho.

Have a great day everyone.:grin:

37 thoughts on “Fenomena blogger tegar

  1. ak punye blog macam ape ntah…
    bnyak jatuh dari naik daaa….
    hahahahahah…
    kne letak gmbar2 memberahikan dulu kot bru leh naik tinggi cm roket…
    wakakakakaka…

  2. aku berblogging bukan kerana nama…
    aku berblogging bukan kerana income…
    aku berblogging bukan kerana e-book
    aku berblogging kerana nak komen..

    jika berblogging tanpa mengomen blog orang lain..macam mana trafik nak masuk..ye tak cik hurulaini?

    P/s:ko tak penah pun nak komen blog aku..sedih ni…

    zulfitry.com’s last blog post..Ah Long Kau Memang Celaka!!!

  3. kah kah kah….thanks dgn entri lirik lagu tu…banyak gak trafik masuk even lepas dua tiga hari…. 😉
    tapi bukan sengaja nak tarik trafik…aku mmg suka gak lagu2 tu…haha…kalau takat keyword AF, tak masuk sbb kan dua entri before tu x mengena pun…haha….segan pulak bila ada entri yang dibuat bagai nak tarik trafik… 😳

  4. aku guna google analytic
    tp x penah pun check traffic mcm mn
    sbb jarang update…tau² sndiri la kan traffic mcm mn
    kalu jaran update

    tp ternyata entry ko pasal AF tu mendapat hit….
    tahniah, strategi berjaya

    KhairiL's’s last blog post..Jauh Tapi Dekat

  5. aku plak takder pun statistik….hehehehe…aku berblelog sebab nak belok drpd buat kerja je..hahahaha 😉

  6. bhgn first picture? yg mana, kat entri ni or statistik blog saffa?
    kalau wp, install wp-stats plugin….& kena register wp account 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *